INFO PRODUK




MISAI KUCING
 
Nama Botani
Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)
Nama Lain
Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris)
Famili
Lamiaceae
Pengenalan
Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang.
Khasiat dan Kegunaan
Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. 


 
  
   HALIA

Nama Botani

Zingiber officinale Ross

Nama lain
Ginger (Inggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia)Kinkh, Khing-daen (Thailand) 
Famili
Zingiberaceae
Pengenalan
Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia.
Khasiat dan Kegunaan
Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.  Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.



 
  
KUNYIT
Nama Botani
Curcuma domestica (Val.)/Syn: Curcuma longa
Nama Lain
Kha min (Thailand), Manjal (India), Haldi (Hindi), Kurkum (Arab), Turmeric ( tumeric), Indian saffron, yellow ginger (Inggeris)
Famili
Zingiberaceae
Pengenalan



Kunyit merupakan tanaman rempah yang berasal dari India. Tanaman ini kemudian diperkenalkan ke negara Asia lain seperti negara-negara Tenggara dan Selatan Asia. Kunyit hidup subur di kawasan lapang dan terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari.
Khasiat dan Kegunaan
Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi aroma dan warna kuning kepada masakan seperti rendang, gulai dan sebagai pembalut ikan atau daging yang di bakar. Dalam perubatan, ia digunakan sebagai antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser. Kunyit juga berupaya menyembuhkan luka di dalam badan, mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin, membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.


 
KESUM
 
Nama Botani
Polygonum minus Huds
Nama lain
Phak phai (Thailand), Knotweed (Inggeris)
Famili
Polygonaceae
Pengenalan
Tanaman kesum (Polygonum minus) berasal dari kawasan Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia.  Ia didapati tumbuh liar, terutama di kawasan lembap seperti di tepi parit atau dekat dengan sungai dan tasik.Kesum merupakan tanaman herba yang renik, lampai, dan menjalar.
Khasiat dan Kegunaan
Tanaman kesum sangat popular di kalangan penduduk Malaysia sebagai bahan perencah/perisa di dalam banyak jenis makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas.  Ia juga boleh dimakan terus sebagai ulam ataupun dibuat kerabu.  Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin.  Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.
Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia `aliphatic aldehyde’ yang tinggi (60%), dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.  Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ini disebabkan tidak banyak terdapat bahan semula jadi ini di pasaran.

 
























    SERAI 
Nama Botani
Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.
Nama lain
Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand)Lemongrass (Inggeris)
Famili
Graminae 
Pengenalan
Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China.  Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. 
Khasiat dan Kegunaan
Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. 
Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati.  Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’.  Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide.  Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%.  Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.
Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain..  Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral). 


  

ROSELLE
Nama Botani
Hibiscus sabdariffa L
Nama Lain
Asam paya, asam susur, asam kundang, roselle (Inggeris), sorrel
Famili
Malvaceae
Pengenalan
Rosel banyak terdapat di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia. Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman rosel di seluruh dunia. Pokok ini boleh mencapai ketinggian lebih kurang 2 m dengan dahannya yang tumbuh menegak di peringkat awal dan melentur rebah apabila banyak buah. Batang, dahan serta tangkainya berwarna merah. Daunnya pula berwarna hijau dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung. Bunga rosel keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu manakala lengainya berwarna merah gelap dan berbentuk bujur.
Khasiat dan Kegunaan
Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali.





LIMAU PURUT

Nama Botani
Citrus hystrix DC
Nama Lain
Limau purut (Melayu), Jerut Purut (Indonesia), Bai makrut (Thailand), Keiffer lime; Kafir lime (Inggeris)
Famili
Rutaceae
Pengenalan



Tanaman saka ini berasal dari Asia dan telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Habitatnya ialah di kawasan subur yang bersaliran baik dan banyak ditanam disekitar rumah sahaja. Kulit buah limau purut adalah berkedut, tebal, dan isinya tidak berapa berair. Tumbesaran  pokok adalah perlahan berbanding dengan spesies limau lain. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 m. Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung.
Khasiat dan Kegunaan
Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka,  lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.