SIAPA KAMI


Profil Syarikat 

Anjaad Manufacturing Industries  merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang ditubuhkan bagi merangsang dan menjana ekonomi yang berteraskan  Teknologi Pemakanan. Berasaskan buah-buahan dan hasil herba tempatan yang diproses bagi pasaran tempatan dan dunia, kami menjangkakan produk-produk Anjaad Manufacturing Industries atau dikenali sebagai ANJAAD akan menjadi peneraju dan pelopor di dalam industri  pengeringan dan pemprosesan.

Anjaad Manufacturing Industries  ditubuhkan pada awal 2009 dan merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam sektor pengeringan produk hiliran. Kami telah  melakukan beberapa ujian terhadap produk-produk hiliran bagi menjamin kualiti  dan nilai tambah (value-added) terhadap sesuatu penghasilan .Kami juga berusaha dan bertanggungjawab pada komuniti dan ekosistem bagi menjamin hasil pembangunan sesuatu produk yang bermutu. Justeru,  untuk memajukan perniagaan dan bersaing dengan syarikat pesaing kami telah merangka berbagai program bagi memperkenalkan produk berjenama ANJAAD pada pasaran dengan infomatif  dan inovatif dan sesuai dimakan dengan berbagai kaedah dan cara tanpa menghilangkan rasa dan bau asalnya.

Dengan menggunakan barangan tempatan, staf sokongan,dan bantuan penyelidikan dan pembangunan dari pihak kerajaan Malaysia (FAMA, MARDI, Pertanian & Peladang) kami berharap produk berkualiti yang kami hasilkan dapat memberi kepuasan dan kemudahan kepada pengguna-pengguna di luar sana, sekaligus memberikan impak yang baik terhadap sosio-ekonomi setempat dan negara.Ia juga adalah tapak untuk pembuatan dan percubaan pada penyelesaian mutlak dalam prosess pengeringan yang berjadual .

Falsafah

Anjaad mempunyai matlamat dengan niat untuk fokus dalam memajukan produk berasaskan buah-buahan tempatan, produk herba serta melakukan R&D dengan lebih effisien bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih tersusun dan menepati  masa (Ontime Delivery), kualiti,  kuantiti  dan  fleksible.

Visi Kami

Menjadikan teknologi Bio-hydrated sebagai pemangkin dan menjana pendapatan syarikat dengan pengurusan yang bersistematik. Sebagai titik permulaan,visi Anjaad adalah memudahkan ketetapan (pemantauan) dan menyokong proses perniagaan.

Bermottokan

         “TRADISI MENJANA TEKNOLOGI”


Anjaad yakin bahawa produk tradisional dan tempatan mampu pergi lebih jauh ke pasaran global melalui proses adunan Produk traditional dan Teknologi untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan bermutu tinggi.

Secara keseluruhannya proses pengeringan melalui mesin Anjaad Dehydrated-Sys bertujuan untuk mengurangkan kelembapan disamping mengekalkan kebaikan dari aspek rasa, zat dan vitamin serta kebersihannya.